Faktar menarik - fobia komputer vs ketagihan komputer

Monday, February 14, 2011

Ketagihan diertikan sebagai satu kebiasaan seseorang itu melakukan sesuatu perkara dan merasa gelisah jika tidak melakukannya. Seseorang yang ketagihan komputer sering menggunakan komputer secara berlebihan sehingga menganggu kehidupan seharian. Sering berlaku kepada masyarakat negara maju kerana penggunaan alat elektronik yang tinggi. Antara ketagihan yang berlaku ialah taksub bermain video game dan melayari laman web.



Fakta ketagihan komputer:
- menghabiskan berjam-jam dihadapan komputer.
- sanggup menghabiskan wang untuk komputer.
- mengabaikan tanggungjawab harian seperti belajar dan bekerja.
- terlalu fokus dengan komputer dan tidak mengendahkan perkara lain.
- Tidak dapat mengawal atau menghentikan perilaku yang berlebihan walaupun telah berusaha
- Mempamerkan perilaku agresif atau kasar saat dihalang daripada menggunakan komputer
- Akan merasa tertekan dan gelisah apabila tidak menggunakan komputer
- Bersikap individualistik
- tiada kemahiran interaksi dan interpesonal yang baik
- boleh menyebabkan kerosakan fizikal. Contoh: stress

Cara mengatasinya:
- Menukar tabiat bermain video game dan melayari intenet kepada aktiviti yang lebih berfaedah.
- Ibu bapa perlu mengawasi setiap aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak.
- Kerajaan perlu menyekat laman web yang boleh merosakkan akhlak dan perilaku masyarakat seperti laman web porno


Gejala fobia komputer

Komputer fobia adalah ketakutan terhadap sesuatu yang menimbulkan bahaya yang sebenarnya sedikit pun tidak ada.

- Melihat komputer atau hanya berfikir tentang komputer boleh menyebabkan gejala berikut - sesak nafas, pening, berpeluh-peluh, mual, mulut kering, merasa sakit, gementar, jantung berdebar-debar, ketidakmampuan untuk bercakap atau berfikir tenang, menjadi gila atau kehilangan kawalan dan hilang kesedaran realiti.

- Tidak mengira umur, pangkat, darjat, bangsa, agama dan negara

- Beberapa fobia berkaitan adalah neophobia atau takut sesuatu yang baru, monophobia atau takut sendirian, tropophobia atau takut membuat perubahan, dan technophobia atau takut teknologi.

- kajian menunjukkan bahawa kebanyakan orang yang menderita fobia komputer ragu untuk melakukan tugas-tugas yang berkaitan dengan komputer sebagai menutup program, membersihkan drive, menyimpan dokumen, dan back-up program komputer.

- Dalam beberapa kes, orang-orang yang benar-benar menghindari tugas-tugas yang berkaitan dengan komputer

- Beberapa orang takut bahawa mereka akan "meletupkan" PC hanya dengan menyentuh butang yang salah.

- Logizomechanophobia Baca Lagi!