Mukadimah

Wednesday, January 19, 2011


Umum tahu bahawa komputer telah digunakan secara meluas di seluruh dunia.Dalam era pembangunan teknologi maklumat yang semakin pesat ini menyebabkan kita diwajibkan memiliki sebuah komputer dirumah.Rintihan daripada itu Teknologi Maklumat dan masyarakat amat saling bergantungan antara satu sama lain.

Medium pengiklanan oleh media elektronik dan media cetak serta lagu-lagu yang dinyanyikan oleh artis sekarang ini tak kiralah dari barat atau negara kita sendiri semuanya semakin berkonsepkan teknologi.Semua itu telah merangsang akan pembangunan teknologi itu sendiri.



Walaupun begitu,teknologi maklumat ada baik dan buruknya buat masyarakat.Pandai membuat pilihan itu adalah jalan yang sebaiknya.Dalam islam pun turut menggalakkan penciptaan sesuatu peralatan yang baik dan mendatangkan faedah kepada masyarakat.


Kita tidak boleh lari daripada pembangunan teknologi maklumat seperti pemikiran sempit golongan Neo-Luddite.Apa yang kita perlu buat adalah kita mesti berfikiran positif dan faedahnya akan kewujudan teknologi maklumat kerana ia boleh membawa impak yang besar kepada masyarakat,pembangunan negara dan dunia.

0 comments:

Post a Comment