Perkembangan IT di Malaysia

Thursday, January 20, 2011


Warganegara Malaysia mula meneroka dan berkecimpung dalam bidang IT secara serius pada tahun 1984. Pada tahun tersebutlah ditubuhkan MIMOS (Malaysian Institute of Microelectronic System) sebuah agensi strategik yang didukung oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi hasil usaha dan ilham Dr Tengku Mohd Azzman Shariffadeen, Dekan Fakulti Kejuruterann Universiti Malaya, serta beberapa pemikir-pemikir ulung dan sejati dari universiti-universiti di Malaysia ketika itu. Beliau melihat perkembangan export barangan eletrik dan elektronik akan tetapi tiada diantara barang tersebut dimilik oleh jenama Malaysia. Idea yang sangat bernas ini ini disokong pulak sepenuhnya oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat la.

Sistem IT ini mula berkembang pesat di Malaysia pada tahun 1996, dengan lonjakan paradikma dan semangat inign bersaing di peringkat antarabangsa sejajar dengan hasrat kerajaan supaya Malaysia kita ini setaraf tarafnya dengan taraf negara-negara maju yang lain. perkembangan ini juga didorong oleh perkembangan pesat dalam dunia maya internet yang membantu manusia dalam bidang komunikasi dan sistem pengurusan data. Sebanyak RM 976.6 juta dibelanjakan kerajaan dalam bidang IT pada tahun 1996 hingga 1998 agar rakyat dapat membangun sejajar dengan kehendak Perdana Menteri.

Sehubungan itu diwujudkan pulak MSC, satu kegiatan kerajaan yang dikaitkan dengan program IT ini. Para cendeikawan,pemikir-pemikir Islam dan mufti sebulat suara bersetuju dengan banyaknya manfat yang dapat umat Islam Malaysia kecapi dari perkembangan IT ini yeah.

Dengan itu umat Islam pun memanfaatkan bidang ini seperti berdakwah secara online menggunakan e-mail, chatting dan internet. Seorang ulama tersohor Prof Dr Muhammad Yusuf Qarhawhi munggunakan internet dalam usaha memberi kefahaman dan penerangan mengenai syariah dan selok-belok Islam. Antara kegiatan beliau adalah sesi soal jawab online dan penjelasan mengenai isu-isu dalam Islam.

0 comments:

Post a Comment