Kesan-kesan IT terhadap umat Islam

Sunday, January 23, 2011

gI_0_halalinternet.ms

Bidang teknologi maklumat pada masa kini tidak dapat dinafikan akan kewujudannya. Ia sudah menjadi komponen utama dalam kehidupan seharian dan akan menjadi bertambah penting pada masa akan datang. Menurut Lister, M, Dovey, J,Giddings,S, Grant,I &Kelly (2003)media dapat dibahagikan kepada dua iaitu media baru dan media lama. Media lama seperti surat khabar, radio buku dan majalah. Internet merupakan salah satu media baru.Boleh dikatakan pada hari ini kebanyakan masyarakat menggunakan internet dalam kehidupan domestik mereka. Lebih-lebih lagi bagi golongan remaja dan pelajar yang mahukan pembaharuan dan sentiasa hendak mendapatkan maklumat dengan cepat dan mudah.


Pengguna media baru ini perlu mempunyai satu keupayaan untuk menilai maklumat yang diperolehi melalui Internet ini sama ada ianya baik mahupun buruk. Pengguna Internet perlu bersikap kritis supaya dapat memastikan diri mereka tidak menerima sebarang maklumat yang diberikan di dalam internet secara bulat-bulat.


Penggunaan internet ini juga boleh mendatangkan banyak keburukan terutamanya kepada individu yang terlalu taksub dengan penggunaan funny_pictures_cat_internet1internet ini dan pihak yang tidak bertanggungjawab pula akan mengambil peluang yang ada untuk menyalahgunakan teknologi dan ianya akan mendatangkan lebih banyak kesan buruk terutamanya kepada para remaja yang terlalu asyik dengan penggunaan internet pada masa kini.


Keburukan Internet:

  • Gambar porno dan mesej-Mungkin sebilangan daripada kita pernah menerima email-email misteri yang hendak mengelirukan tentang agama islam,gambar porno dan melalui laman web tertentu yang dikendalikan oleh orientalis.
  • Gangguan seksual seperti dilaporkan dalam tabloid bertambah dengan adanya teknologi.
  • Menurut Jean Braudiland,sistem sains dan teknologi mampu menghasilkan duplicate manusia,mampu menyulap fantasi,halusinasi,ilusi atau sians fiksyen sehingga semuanya seoleh-oleh benar atau bercorak realiti
  • Aktiviti bercorak promosi jualan dan pemupukan khayalan untuk menjadi seksi bercampur agresif berhasil untuk wanita-wanita dan remaja yang berwatak antificial disamping hilangnya identiti yang bertatasusila.
  • Berkembangnya budaya lepak dalam bentuk yang baru dan disertai dengan program yang merangsangkan seks(pornografi) atau perbualan kosong(chit-chat) yang tak berfaedah.
  • Masalah perjudian kian merebak dikalangan umat islam apatah lagi dengan pengawalan internet yang longgar.
  • Bertambahnya sindrom ketagihan internet dan depresi yang boleh menyebabkan kurangnya sillaturahim dikalangan masyarakat.
  • Berlakunya kezaliman teknologi contohnya kegiatan hacking(menceroboh) laman web oleh indivisu yang tidak bertanggungjawab.

Justeru itu,umat islam perlu memilih yang mana baik dan buruk dan kesan kepada seseorang individu.Allah telah anugerahkan kita akal fikiran untuk berfikir baik dan buruk dan Allah telah menetapkan hukum untuk orang melakukan kebaikan dan keburukan.Jadi terpulanglah kepada kita untuk menentukannya.

0 comments:

Post a Comment