Kesan-kesan IT terhadap umat Islam

Sunday, January 23, 2011

gI_0_halalinternet.ms

Bidang teknologi maklumat pada masa kini tidak dapat dinafikan akan kewujudannya. Ia sudah menjadi komponen utama dalam kehidupan seharian dan akan menjadi bertambah penting pada masa akan datang. Menurut Lister, M, Dovey, J,Giddings,S, Grant,I &Kelly (2003)media dapat dibahagikan kepada dua iaitu media baru dan media lama. Media lama seperti surat khabar, radio buku dan majalah. Internet merupakan salah satu media baru.Boleh dikatakan pada hari ini kebanyakan masyarakat menggunakan internet dalam kehidupan domestik mereka. Lebih-lebih lagi bagi golongan remaja dan pelajar yang mahukan pembaharuan dan sentiasa hendak mendapatkan maklumat dengan cepat dan mudah.


Pengguna media baru ini perlu mempunyai satu keupayaan untuk menilai maklumat yang diperolehi melalui Internet ini sama ada ianya baik mahupun buruk. Pengguna Internet perlu bersikap kritis supaya dapat memastikan diri mereka tidak menerima sebarang maklumat yang diberikan di dalam internet secara bulat-bulat.


Penggunaan internet ini juga boleh mendatangkan banyak keburukan terutamanya kepada individu yang terlalu taksub dengan penggunaan funny_pictures_cat_internet1internet ini dan pihak yang tidak bertanggungjawab pula akan mengambil peluang yang ada untuk menyalahgunakan teknologi dan ianya akan mendatangkan lebih banyak kesan buruk terutamanya kepada para remaja yang terlalu asyik dengan penggunaan internet pada masa kini.


Keburukan Internet:

  • Gambar porno dan mesej-Mungkin sebilangan daripada kita pernah menerima email-email misteri yang hendak mengelirukan tentang agama islam,gambar porno dan melalui laman web tertentu yang dikendalikan oleh orientalis.
  • Gangguan seksual seperti dilaporkan dalam tabloid bertambah dengan adanya teknologi.
  • Menurut Jean Braudiland,sistem sains dan teknologi mampu menghasilkan duplicate manusia,mampu menyulap fantasi,halusinasi,ilusi atau sians fiksyen sehingga semuanya seoleh-oleh benar atau bercorak realiti
  • Aktiviti bercorak promosi jualan dan pemupukan khayalan untuk menjadi seksi bercampur agresif berhasil untuk wanita-wanita dan remaja yang berwatak antificial disamping hilangnya identiti yang bertatasusila.
  • Berkembangnya budaya lepak dalam bentuk yang baru dan disertai dengan program yang merangsangkan seks(pornografi) atau perbualan kosong(chit-chat) yang tak berfaedah.
  • Masalah perjudian kian merebak dikalangan umat islam apatah lagi dengan pengawalan internet yang longgar.
  • Bertambahnya sindrom ketagihan internet dan depresi yang boleh menyebabkan kurangnya sillaturahim dikalangan masyarakat.
  • Berlakunya kezaliman teknologi contohnya kegiatan hacking(menceroboh) laman web oleh indivisu yang tidak bertanggungjawab.

Justeru itu,umat islam perlu memilih yang mana baik dan buruk dan kesan kepada seseorang individu.Allah telah anugerahkan kita akal fikiran untuk berfikir baik dan buruk dan Allah telah menetapkan hukum untuk orang melakukan kebaikan dan keburukan.Jadi terpulanglah kepada kita untuk menentukannya.

Baca Lagi!

Perkembangan IT di Malaysia

Thursday, January 20, 2011


Warganegara Malaysia mula meneroka dan berkecimpung dalam bidang IT secara serius pada tahun 1984. Pada tahun tersebutlah ditubuhkan MIMOS (Malaysian Institute of Microelectronic System) sebuah agensi strategik yang didukung oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi hasil usaha dan ilham Dr Tengku Mohd Azzman Shariffadeen, Dekan Fakulti Kejuruterann Universiti Malaya, serta beberapa pemikir-pemikir ulung dan sejati dari universiti-universiti di Malaysia ketika itu. Beliau melihat perkembangan export barangan eletrik dan elektronik akan tetapi tiada diantara barang tersebut dimilik oleh jenama Malaysia. Idea yang sangat bernas ini ini disokong pulak sepenuhnya oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat la.

Sistem IT ini mula berkembang pesat di Malaysia pada tahun 1996, dengan lonjakan paradikma dan semangat inign bersaing di peringkat antarabangsa sejajar dengan hasrat kerajaan supaya Malaysia kita ini setaraf tarafnya dengan taraf negara-negara maju yang lain. perkembangan ini juga didorong oleh perkembangan pesat dalam dunia maya internet yang membantu manusia dalam bidang komunikasi dan sistem pengurusan data. Sebanyak RM 976.6 juta dibelanjakan kerajaan dalam bidang IT pada tahun 1996 hingga 1998 agar rakyat dapat membangun sejajar dengan kehendak Perdana Menteri.

Sehubungan itu diwujudkan pulak MSC, satu kegiatan kerajaan yang dikaitkan dengan program IT ini. Para cendeikawan,pemikir-pemikir Islam dan mufti sebulat suara bersetuju dengan banyaknya manfat yang dapat umat Islam Malaysia kecapi dari perkembangan IT ini yeah.

Dengan itu umat Islam pun memanfaatkan bidang ini seperti berdakwah secara online menggunakan e-mail, chatting dan internet. Seorang ulama tersohor Prof Dr Muhammad Yusuf Qarhawhi munggunakan internet dalam usaha memberi kefahaman dan penerangan mengenai syariah dan selok-belok Islam. Antara kegiatan beliau adalah sesi soal jawab online dan penjelasan mengenai isu-isu dalam Islam.
Baca Lagi!

Apa itu IT?

Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat.

IT membangkitkan persoalan yang menyentuh dan merangkumi secara menyeluruh dari segala aspek teknologi dan penyebaran maklumat.

Ia membentuk kelompok kuasa dengan kemampuan sains teknologi yang amat tinggi berbanding dengan umat Islam keseluruhannya telah menjana dan seterusnya mencorakkan dunia kini mengikut acuan kapitalisme.

Baca Lagi!

Mukadimah

Wednesday, January 19, 2011


Umum tahu bahawa komputer telah digunakan secara meluas di seluruh dunia.Dalam era pembangunan teknologi maklumat yang semakin pesat ini menyebabkan kita diwajibkan memiliki sebuah komputer dirumah.Rintihan daripada itu Teknologi Maklumat dan masyarakat amat saling bergantungan antara satu sama lain.

Medium pengiklanan oleh media elektronik dan media cetak serta lagu-lagu yang dinyanyikan oleh artis sekarang ini tak kiralah dari barat atau negara kita sendiri semuanya semakin berkonsepkan teknologi.Semua itu telah merangsang akan pembangunan teknologi itu sendiri.



Walaupun begitu,teknologi maklumat ada baik dan buruknya buat masyarakat.Pandai membuat pilihan itu adalah jalan yang sebaiknya.Dalam islam pun turut menggalakkan penciptaan sesuatu peralatan yang baik dan mendatangkan faedah kepada masyarakat.


Kita tidak boleh lari daripada pembangunan teknologi maklumat seperti pemikiran sempit golongan Neo-Luddite.Apa yang kita perlu buat adalah kita mesti berfikiran positif dan faedahnya akan kewujudan teknologi maklumat kerana ia boleh membawa impak yang besar kepada masyarakat,pembangunan negara dan dunia. Baca Lagi!

Team member

Tuesday, January 18, 2011

Ini adalah senarai kumpulan kami :
Rashid
Syahmi
Zohir
Izzat
Mustaqim
Azami Baca Lagi!

1st Entry

Monday, January 17, 2011

Ini adalah kali pertama kitorang buat blog! berpeluh-peluh gak, pesal ntah xtaw la. Blog ini kami sediakan untuk subjek Topik Khas dlm IT, jadi segala entry dalam ni mungkin hanya akan dibaca oleh puak-puak kitorang je la. maybe ada beberapa entry tambahan, itupun kalau kitorang rajin nak update. Baca Lagi!